MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN PEMBAIKAN ASRAMA AL-AYYUBI DAN DALAMAN DEWAN PANCARASA

RABU | 17 April 2024 – MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN PEMBAIKAN ASRAMA AL-AYYUBI DAN DALAMAN DEWAN PANCARASA
& KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PENDAWAIAN SEMULA ELEKTRIK SERTA PENCAHAYAAN, MENAIKTARAF SISTEM CCTV DAN RANGKAIAN SETEMPAT DAN RANGKAIAN TANPA WAYAR, DI INTAN WILAYAH UTARA (INTURA) NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail dan Pengarah Wilayah INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Negeri Kedah, Tuan Mohd Ridzuan bin Ab Ghafar. Turut hadir bersama mengiringi majlis tersebut ialah Encik Mohamad Azmi bin Yaakob, Jurutera Daerah JKR Kuala Muda selaku Pegawai Penguasa Projek Menaiktaraf Asrama Al-Ayyubi dan Dewan Pancarasa INTURA dan Puan Ir. Amalina binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa Projek Menaiktaraf Sistem Pendawaian Elektrik, Sistem CCTV dan Sistem Rangkaian INTURA.
Majlis penyerahan ini juga diserikan dengan kehadiran Pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai INTURA dan Pegawai-pegawai JKR Kedah dan JKR Kuala Muda
Ucapan tahniah kepada pihak kontraktor utama Corak Skala Sdn. Bhd. dan Kejuruteraan Kintateknik Sdn Bhd serta pihak Subkontraktor Yang Dinamakan (NSC) yang dilantik.yang telah berjaya menyiapkan projek tersebut.
Terima kasih kepada MNBA Global Resources (NSC Elektrik), Era Maju Enterprise (NSC Sistem Pencegah Kebakaran), UE Gemilang Enterprise (NSC Sistem Penyaman Udara), Qirfan Resources (NSC Dewan Pancarasa) dan BE Enterprise (NSC Perabot) bagi projek Asrama Al-Ayyubi.
Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih kepada seluruh pasukan JKR, HOPT, HODT dan Pejabat Tapak yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini sama ada di peringkat perancangan sehinggalah ke peringkat serahan hari ini.
Syabas dan tahniah kepada semua dan semoga pihak INTURA dapat memanfaatkan kemudahan yang baru disiapkan dengan sepenuhnya.