4 Disember 2024 (Rabu) – JKR Kedah telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah. Maslis berlangsung dengan jayanya di Dewan Al Farabi, Alor Setar. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat JKR Malaysia YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin diiringi oleh YB Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal B bin Ismail.
Turut hadir menyaksikan upacara perasmian tersebut adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ,Tuan Haji Ismail bin Othman ,Wakil Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
Encik Mohammad Khairol Akmal Bin Adnan, Wakil Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kedah, Ts Fuhairah binti Ahmad Fuad.
Sambutan yang penuh bermakna ini bertujuan untuk menghargai peranan dan sumbangan besar para profesional teknikal dalam pembangunan negara.
Pelbagai aktiviti seperti bicara teknikal, pameran, dan cabutan bertuah telah diaturkan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di sepanjang berlangsungnya majlis ini.