Pada 29 April 2025 telah berlangsungnya satu Majlis Serahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Pembaikan Guide Pile dan Pontoon Serta Kerja-kerja Berkaitan di TPPL MAWILLA 3, Langkawi, Kedah.
Projek ini telah dilaksanakan oleh Unit Tentera Negeri, JKR Kedah melalui kontraktor utama, Amity Diamond Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan bagi projek ini adalah selama 6 bulan bermula dari 18 Disember 2024 hingga tarikh siap asal pada 18 Jun 2025. Walau bagaimanapun, hasil kolaborasi yg kukuh di kalangan pasukan projek serta stakeholder serta komitmen yg tinggi di pihak kontraktor utama, projek ini telah berjaya disiapkan *awal kurang dari 2 bulan* mengikut jadual serta diserahkan kepada pihak pelanggan pada 29 April 2025.
Projek ini telah dilaksanakan dengan kos berjumlah
RM 1,220,003.00 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Dua Ratus Dua Puluh Ribu
Tiga Sahaja). Skop yang terlibat terdiri daripada:
a) Penanaman “Guide Piles (4 No.)” jenis “Prestressed Reinforced Concrete Spun Piles Class C” termasuk kerja-kerja “demolish existing guide piles”.
b) Kerja-kerja “refurbish existing steel structural pontoon” dan memasang semula di tapak, dan
c) Kerja-kerja refurbishment of existing steel structural gangway
Majlis serahan projek telah disempurnakan oleh Ir. Waki’ Bin Mohamad, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, CSFB dan turut menyaksikan serahan Sijil Serahan Siap Kerja oleh Unit Tentera Negeri, JKR Kedah yang diwakili oleh Ir. Mohd Hafizi Bin Mat Akhir, Ketua Unit Tentera Negeri, JKR Kedah kepada Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA3) yang diwakili oleh Kapten Yusman Bin Darmawan, Timbalan Panglima Markas Wilayah Laut 3. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan dari MAWILLA3, CSFB, Unit Tentera Negeri Kedah serta pihak Pengurusan Amity Diamond Sdn. Bhd.
*Tahniah dan Syabas* diucapkan kepada semua pasukan projek yang terlibat di atas kejayaan penyiapan projek ini.