30 Julai 2025 – Penyerahan Projek Menaiktaraf Kemudahan Latihan Tanaman Dengan Tambahan Kilang Tanaman Dan Lain-Lain Kemudahan Di Kolej Pertanian, Bukit Tangga, Kedah
Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Negeri Kedah Ir. Mohd Fisal Bin Ismail kepada pihak pelanggan Puan Mazayu Binti Mohamad, Pengarah Kolej Pertanian Malaysia, Kedah. Turut bersama mengiringi pada majlis tersebut ialah Tuan Ir. Andy Surin A/L Khoo Ah Chai Jurutera Awam Penguasa (Bangunan) JKR Kedah, Tuan Ir. Ahmad Shahril Azli Bin Idris, Jurutera Daerah JKR Kubang Pasu dan En. Mohd Firdaus Bin Mat Noor, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kapisiti dan Latihan Pertanian KPM.
Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor utama SMP Permai (M) Sdn Bhd dan kontraktor NSC kerana dengan komitmen yang diberikan dengan kerjasama daripada pasukan projek JKR dapat menyiapkan projek ini lebih awal daripada tarikh siap sebenar projek.
Projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 8 dalam 1 iaitu :
1. Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC) ,
2. Lukisan Siap Bina ; dan
3. Penyata Akaun Muktamad – SOFA
Disamping 5 nilai tambah yang lain iaitu :
4. Tiada Lanjutan Masa
5. Siap awal dari tempoh kontrak
6. Tiada kemalangan
7. Operation & Maintenance (O&M) Manual
8. Zero Major Defect
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Bahagian Bangunan JKR Kedah, JKR Daerah Kubang Pasu, Cawangan Kerja Elektrik JKR Kedah, Cawangan Kerja Mekanikal JKR Kedah, Bahagian Arkitek JKR Kedah, Bahagian Reka Bentuk Awam & Struktur JKR Kedah yang bersama-sama dengan pihak kontraktor serta wakil pihak pelanggan dari Kolej Pertanian Malaysia, Kedah yang telah bertungkus lumus dalam penyiapan projek bagi menjayakan urusan persiapan tempat bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis penyerahan pada hari ini.
Ucapan penghargaan ini juga dirakamkan buat semua yang hadir dalam menjayakan majlis ini.