LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA KE PROJEK-PROJEK DI JKR KEDAH

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA KE PROJEK-PROJEK DI JKR KEDAH.
1. MEMBINA JALAN DAN JAMBATAN ALOR GANU/TITI GAJAH, DAERAH KOTA SETAR KE TITI BESI, DAERAH KUBANG PASU, KEDAH
2. CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN PROJEK KEMUDAHAN PERNIAGAAN KEDA (PKPK) KOTA SETAR DAN INFRASTRUKTUR BERKAITAN DI ATAS SEBAHAGIAN
LOT 668, MUKIM BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Alor Setar, 15 Oktober 2025 –
YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya mengadakan lawatan kerja ke Projek Jambatan Alor Ganu dan Projek PKPK Keda dalam daerah di JKR Daerah Kota Setar dan JKR Kedah.
Ketibaan YB Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Pegawai – Pegawai Kanan dari Kementerian KerjaRaya . Selepas itu, Timbalan Menteri Kerja Raya telah diberikan taklimat keselamatan dan taklimat berkenaan projek tersebut dan projek-projek dibawah seliaan JKR Daerah Kota Setar.
Beliau seterusnya berkesempatan mendengar sesi taklimat tentang progres kemajuan semasa dan masalah berbangkit seperti pengambilan tanah dan lain-lain isu juga di PKPK KEDA .
Projek Pembinaan Jambatan Alor Ganu di Wilayah Utara, hasil kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Dan Wilayah.
Projek berimpak tinggi ini dilaksanakan melalui kaedah Reka dan Bina oleh kontraktor oleh Berkat Sejati Unggul dengan kontrak bernilai RM 41,322.128 juta. Projek ini diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana dengan pengawasan rapi oleh Pasukan Projek JKR Daerah Kota Setar.
Projek Jambatan ini juga akan menghubungkan dua daerah iaitu Kota Setar dan Kubang Pasu, yang mana kerja-kerja jambatan dilakukan terlebih dahulu di disebabkan isu-isu tanah masih ada yang belum selesai lagi. Projek ini juga akan memberi nilai tambah terbaru dalam logistik di Negeri Kedah.
Projek ini bakal menjadi pemangkin kepada peningkatan penggunaan jambatan tersebut memandangkan perjalanan melalui jambatan ini akan menjimatkan masa hampir 15 minit ke Alor Setar dan ke Kubang Pasu. Projek ini apabila di siapkan nanti akan menjadi satu tarikan terbaru di Wilayah Utara.
Berdasarkan tinjauan hari ini, kemajuan fizikal projek telah mencapai 1.35% melebihi jadual yang bersamaan 53 hari ke depan. Tiada isu kritikal dilaporkan dan pihak JKR sentiasa komited memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut perancangan, kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Pelbagai perbincangan yang menyeluruh dari segenap aspek telah dibincangkan bersama agar memastikan prasarana dan infrastruktur di JKR Kedah adalah yang terbaik dengan meminimunkan kos projek agar dapat disiapkan lebih awal dari jadual untuk untuk dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di Negeri Kedah. Timbalan Menteri seterusnya dan delegasi seterusnya ke Projek PKPK Keda untuk melihat sendiri kemajuan kerja semasa dan memberi amanat agar dapat di siapkan segera mengikut jadual dan segera agar dapat memberi manafaat kepada semua. Projek PKPK KEDA bernilai 17 juta ini di bina oleh GSB Niaga Sdn. Bhd.