KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI OPERASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI OPERASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)
22 April 2026—
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Operasi MAIK.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara JKR dan MAIK, khususnya dalam aspek pembangunan, penyelenggaraan serta pengurusan aset dan infrastruktur milik MAIK.
Turut sama di dalam kunjungan tersebut , En. Mohammad Fairus Bin Abd Rahim, Ketua Bahagian Pembangunan Hartanah MAIK, Ir. Andy Surin a/l Khoo Ah Chai – Jurutera Awam Penguasa Bahagian Bangunan JKR dan Mohamad Hafiz bin Hassan- Arkitek JKR Negeri Kedah.