ISNIN 20.4.2026
LAWATAN PEMERIKSAAN KERJA SIAP OLEH PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH KE TAPAK PROJEK CADANGAN KERJA PENGUKUHAN CERUN DI ISTANA KEDAH CAMERON HIGHLAND, PAHANG DARUL MAKMUR
Lawatan tersebut telah berlangsung pada 20 April 2026 (Isnin) jam 10.00 pagi di lokasi Istana Kedah, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Lawatan berkenaan juga turut dihadiri bersama oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Nadzman Bin Mustaffa, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Seri Setia DiRaja Dato’ Paduka Haji Bakar Bin Din, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah serta diiringi oleh Ketua-ketua Bahagian JKR Negeri Kedah dan Pasukan Projek Yang Terlibat secara langsung.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan kerja ini.






