Telah berlangsung Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC 2026) pada 6 hingga 8 Mei 2026 bertempat di Hotel Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Tahniah diucapkan kepada JKR Langkawi atas kejayaan meraih
𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 bagi 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎 𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐑𝐌𝟐𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚 menerusi projek 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐓𝐌 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢.
Tahniah kepada 𝐉𝐊𝐑 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐮 atas kejayaan meraih
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik bagi kategori projek bernilai RM500 ribu hingga RM20 juta menerusi projek 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐢𝐟 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐉𝐢𝐭𝐫𝐚, 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐮, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan dalam penyampaian projek pembangunan.
Tahniah juga diucapkan kepada kontraktor 𝐌𝐚𝐣𝐮 𝐌𝐞𝐫𝐠𝐞 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐮𝐫𝐜𝐞𝐬 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. atas kejayaan dinobatkan sebagai
𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 bagi 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎 𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐑𝐌𝟐𝟎 𝐣𝐮𝐭𝐚.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga JKR Langkawi serta pihak kontraktor dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksanakan dengan berkesan, berkualiti serta memberi impak positif kepada masyarakat.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan dan memperkukuhkan budaya inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Sumber: JKR Daerah Langkawi






