MAJLIS PERASMIAN & PENYERAHAN JAMBATAN SUNGAI SALA, KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PERASMIAN & PENYERAHAN JAMBATAN SUNGAI SALA, KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
KOTA SARANG SEMUT,
07 JUN 2026 – YBhg. Datuk Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kerja Raya diiringi Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Exco Kerja Raya Kedah, Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Kedah, Ir. Isnil Badril bin Ismail, Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar, Dato’ Sr. Zainal Abidin bin Che Ismail, Pengerusi Icaz Venture Sdn. Bhd. hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek, Penyerahan dan Flag Off Jambatan Sala yang telah berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal oleh Kontraktor Icaz Venture Sdn. Bhd. Jambatan ini amat penting kerana menjadi nadi perhubungan utama kepada lebih 35,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut dan menjadi sempadan Daerah di antara Yan, Pendang dan sempadan utama untuk masuk ke Daerah Kota Setar. Dengan kos hampir RM15 juta, projek ini melibatkan pembaikan struktur sepanjang 80 meter secara “dual carriageway”.Projek yang dijalankan di kawasan aktif ini memberi jaminan keselesaan dan kelancaran kepada penduduk setempat dan pengguna jalanraya, hasil pengurusan rapi serta komunikasi berkesan dan juga menjadi salah satu nilai tambah dalam pembangunan di Negeri Kedah. Jambatan ini di jana seratus peratus peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan ia siap dengan lebih awal, berkualiti tinggi dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.