MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK-PROJEK PEMBINAAN BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2026 DI NEGERI KEDAH
21 Jun 2026 (Ahad) – Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, majlis turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan, JPN Kedah, En. Norshuhaidy bin Shabudin. Wakil Pengurus Program, Jurutera Awam Kanan Bahagian Pejabat Negeri Zon 3, Zon Utara, Cawangan Keeja Pendidikan, Pn. Noor Hasmida binti Din.Jurutera Awam Penguasa Kanan Bangunan, JKR Negeri Kedah,Ir. Andy Surin a/l Khoo Ah Cai, Timbalan Pengarah PKK, En. Riwan bin Mohd Saad. Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah serta Barisan Kontraktor Utama.Projek-projek ini merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13 Rolling Plan 1(RP1) Tahun 2026) yang dilaksanakan secara Konvensional Dalaman. Untuk makluman semua JKR Negeri Kedah telah menerima 101 PROJEK PEMBINAAN BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027. Atas dasar itu, semua JKR Daerah telah membuat lawatan tapak dengan kadar segera bagi semakan kesesuaian tapak. Hasil daripada lawatan tersebut, daripada 101 projek didapati , 7 projek telah digugurkan disebabkan isu tapak, geran tanah dan lain-lain lagi, manakala 94 projek diteruskan dengan 92 projek telah diiklankan dengan jayanya. Terdapat 2 lagi sekolah yang akan diiklankan dalam bulan Jun ini disebabkan perbezaan rekabentuk mengikut keadaan tapak yang dijangka akan terima rekabentuk terkini pada bulan ini. Objektif pembinaan projek-projek ini ialah menyediakan kemudahan pembelajaran dan peersekitaran yang lebih kondusif serta selamat kepada murid-murid.
Manakala, Skop utama bagi projek ini ialah :
– Penyediaan bilik darjah/ bilik khas/ kabin untuk proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi kaedah pembinaan baharu
– Penyediaan bilik darjah/ bilik khas/ kabin pejabat untuk tujuan penyuraian isu bagi bangunan kritikal atau kejadian luar jangka.
– Penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan meliputi longkang, lantai, laluan murid dan penyediaan kemudahan infrastruktur lain yang bersesuaian.
– Perolehan perabot, peralatan dan kelengkapan mengikut piawai.
Pada hari ini terdapat 23 kontraktor G2, 28 kontraktor G3 dan 10 kontraktor G4 yang akan menerima Surat Setuju Terima(SST) menjadikan keseluruhan kontraktor yang menerima SST pada hari ini ialah seramai 61 orang.
Sebagai makluman, projek-projek ini perlu disiapkan pada tahun semasa antara tempoh 3 hingga 6 bulan.
Kejayaan melantik kontraktor hari ini menunjukkan usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak.
Pasukan JKR yg terlibat ialah HOPT Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Cawangan Kerja Pendidikan Zon Utara, HOPT Negeri iaitu Bahagian Bangunan JKR Kedah, HODT Projek iaitu Bahagian Arkitek, Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur, HODT Mekanikal, HODT Elektrik, JKR Daerah sebagai HODT Ukur bahan merangkap Pegawai Penguasa projek ini, dan tidak dilupakan Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan Negeri Kedah yang membuat semakan dokumen.
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah selaku pihak pelanggan juga turut bersama-sama berganding bahu dengan pihak JKR selaku Agensi Teknikal Kerajaan dalam memastikan projek ini dapat ditender dan dilaksanakan mengikut skop, kos dan masa yang dipersetujui bersama.






