PENDANG | 6 JULAI 2026 – Satu Majlis Penyerahan bagi Kerja-kerja Ubahsuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Pendang, telah diadakan pada hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama Tuan Pengarah JKR Kedah , Ir. Mohd Fisal bin Ismail serta Jurutera Daerah JKR Pendang, Ir. Khadijah binti Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha Bahagian Pembangunan KPWKM, serta pegawai-pegawai kanan KPWKM, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan JKM, JKR Negeri Kedah, warga JKM Daerah Pendang, pihak JKR Negeri Kedah, pihak JKR Pendang, wakil-wakil Pegawai Penguasa Projek dari JKR Kedah, Bahagian Bangunan JKR Kedah, Arkitek JKR Kedah, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Kedah, Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur JKR Kedah, CKE JKR Kedah , CKM JKR Kedah dan pihak kontraktor yang terlibat.
Projek PKMD Pendang telah siap sepenuhnya pada 25 Mei 2026, iaitu 17 hari awal (Aheaf Of Time) daripada tarikh siap semasa kontrak iaitu pada 11 Jun 2026. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini siap dengan sempurna.







