LAWATAN LIBAT URUS KPKR KE JKR KEDAH
Pada 02 Ogos 2026 (Ahad), JKR Negeri Kedah menerima Lawatan Libat Urus daripada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia di JKR Negeri Kedah, Dewan Persidangan Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Kehadiran YBhg. Dato’ KPKR disambut oleh Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, SDK., BCN. bersama warga kerja jabatan. Program sarat dengan perkongsian amanat khas daripada YBhg. Dato’ KPKR, sesi pembentangan ringkas, serta sesi soal jawab interaktif. Selesai sesi di dewan, YBhg. Dato’ KPKR turut menyempurnakan Program Penyerahan Projek Menaiktaraf Fasiliti Rekreasi dan Sukan (iLead Park INTURA) dan merasmikan Dewan Al-Amin, INTURA. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ KPKR atas bimbingan dan amanat yang diberikan demi kelangsungan pembangunan infrastruktur terbaik di negeri Kedah.
“KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”












