MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIK TARAF GELANGGANG SERBAGUNA TERBUKA INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA, JITRA KEDAH

   

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIK TARAF GELANGGANG SERBAGUNA TERBUKA INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA, JITRA KEDAH
Isnin | 03 Ogos 2026
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pihak pelanggan iaitu Kementerian Pendidikan, Institut Aminuddin Baki bagi Projek Menaik Taraf Gelanggang Serbaguna Terbuka Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra Kedah yang telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Eksekutif Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.
Sesi tandatangan dokumen penyerahan telah disempurnakan oleh Ybrs. Ir. Ahmad Shahril Azli bin Idris, selaku Pegawai Penguasa, JKR Kubang Pasu dan Ybrs. En. Ayub Bin Ahmad, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Turut bersama-sama meraikan peluncuran majlis ialah YBhg. Tuan Ir. Fisal Bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, YBrs. En. Azman Bin Waimin yang mewakili Pengarah Induk Institut Aminuddin Baki dan YBrs. Ir. Andy Surin A/L Khoo Ah Chai.
Untuk makluman, projek ini telah berjaya dilaksanakan oleh kontraktor utama, Zeerash Bina Sdn. Bhd. bersama subkontraktor dinamakan. Projek ini telah bermula pada 29 Oktober 2024 dan siap sepenuhnya pada 22 Jun 2026. Kos kontrak bagi projek ini bernilai RM 4,473,518.44.
Reka bentuk bangunan ini adalah reka bentuk konvesional dalaman berdasarkan kepada input seni bina, struktur, mekanikal, elektrikal dan ukur bahan daripada pasukan rekabentuk JKR Kedah yang menepati keperluan teknikal pelanggan dan perundangan. Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung in merupakan one off design.
Skop utama kontrak bagi projek ini adalah :
1. Menaiktaraf Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah melibatkan:
i. Gelanggang Bola Jaring,
ii. Gelanggang Badminton,
iii. Gelanggang Tampar
Pembinaan ini juga turut menyediakan :
iv. Pentas yang dilengkapi Paparan LCD
v. Bilik Simpanan Alat Sukan,
vi. Bilik persalinan (lelaki dan perempuan),
vii. Tandas (lelaki dan perempuan),
viii. Bilik PA sistem
2. Turut membina tempat letak kenderaan jabatan berbumbung sebanyak 29 lot dan kelengkapan lain kemudahan seperti;
i. Kerja penurapan jalan,
ii. Papan tanda,
iii. Landskap
Alhamdulillah, projek ini telah berjaya disiapkan dengan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu :
1) Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC)
2) Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
3) Lukisan Siap Bina
Di samping 3 nilai tambah yang lain iaitu :
1) Zero Major Defect
2) Operation & Maintenance (O&M) Manual
3) Tiada kemalangan
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan projek JKR yg terdiri daripada JKR Daerah Kubang Pasu selaku Pegawai Penguasa dan Pengawal Tadbir Pembinaan (PTB), Bahagian Bangunan JKR Kedah, Bahagian Arkitek JKR Kedah, Bahagian Reka Bentuk Awam & Struktur, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Kedah, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Kedah dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kedah.
Jutaan tahniah dan syabas kepada pihak kontraktor utama iaitu Zeerash Bina Sdn. Bhd. dan sub kontraktor yang dinamakan iaitu DM Twin Engineering dan tidak dilupakan juga kepada pihak pelanggan IAB yang telah melaksanakan kolaborasi yang terbaik dalam memastikan kejayaan penyiapan projek ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis penyerahan ini.