NOTIS MAKLUMAN KERJA-KERJA SENGGARA JALAN NEGERI K146 – Jalan Guar Chempedak / Pokok Tai, Yan, Kedah Darul Aman

NOTIS MAKLUMAN PENDANG – 1
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja senggara jalan negeri akan dilaksanakan di laluan K146 – Jalan Guar Chempedak / Pokok Tai, Yan, Kedah Darul Aman.
📍 Lokasi: K146 – Jalan Guar Chempedak / Pokok Tai, Yan, Kedah Darul Aman
📅 Tempoh Pelaksanaan: 4hb Oktober 2026 hingga 17hb Oktober 2026
🚧 Makluman kepada pengguna jalan raya:
Kerja-kerja ini akan melibatkan penutupan jalan secara berperingkat bagi membolehkan kerja-kerja senggaraan dilaksanakan dengan selamat dan teratur.
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk:
🔸 Mematuhi arahan dan panduan daripada petugas di lokasi;
🔸 Mengurangkan kelajuan serta memandu dengan berhati-hati; dan
🔸 Merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesulitan akibat pelaksanaan kerja-kerja tersebut.
Pihak kami memohon kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh kerja-kerja dilaksanakan.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
“Delivery Is Our Priority”