MAJLIS PENYERAHAN PROJEK JKR DAERAH PADANG TERAP / POKOK SENA

📍 PADANG TERAP | 28 SEPTEMBER 2026
Satu lagi pencapaian membanggakan dalam usaha memperkasa pembangunan infrastruktur pembinaan negara telah direalisasikan menerusi Majlis Penyerahan Projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Padang Terap / Pokok Sena kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, Kedah.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, serta Jurutera Daerah JKR Padang Terap / Pokok Sena merangkap Pegawai Penguasa, Ir. Ts. Shamsul bin Abd Manaf, BCK., bersama pegawai-pegawai JKR yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan projek.
Majlis penyerahan dua projek penggantian jambatan ini menyaksikan ia berjaya disiapkan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan, sekali gus mencerminkan kecekapan, komitmen dan kesungguhan semua pihak dalam memastikan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkualiti.
🚧 Dua projek yang berjaya disiapkan lebih awal adalah:
1. Menggantikan Jambatan Usang Kampung Padang Setol, Padang Terap
⏱️ 198 hari lebih awal
2. Menggantikan Jambatan di Kampung Baru Tanjung Thai (Pedu), Padang Terap
⏱️ 101 hari lebih awal
Pencapaian Ahead of Time (AOT) ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna dan membuktikan hasil kerjasama erat antara agensi pelanggan, jabatan teknikal, kontraktor, perunding serta semua pihak berkepentingan dalam memastikan pelaksanaan projek dapat disiapkan lebih awal, berkualiti dan menepati keperluan masyarakat setempat.
Turut hadir Pengarah KKDW Negeri Kedah / Perlis / Pulau Pinang, En. Fakhrulradzi bin Salama selaku agensi pelanggan, Pegawai Daerah Padang Terap, En. Mohd Noor bin Ismail, AMK., BCK.,selaku pemilik projek wakil agensi teknikal, kontraktor utama GK Generasi Kedua FST Holding Sdn. Bhd. bagi projek Jambatan Kampung Padang Setol dan kontraktor utama Maju Karisma Ent. bagi projek Jambatan Kampung Baru Tanjung Thai (Pedu), serta pihak berkepentingan yang bersama-sama menjayakan projek ini.
Dengan terbinanya jambatan baharu ini, masyarakat setempat kini dapat menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selamat, selesa dan lancar, di samping meningkatkan aksesibiliti penduduk, memudahkan pergerakan harian serta menyokong aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat setempat di Daerah Padang Terap.
Kemudahan ini turut menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat, selain memperkukuh jaringan perhubungan antara kawasan penempatan, pusat perkhidmatan dan kawasan ekonomi di daerah Padang Terap.
Kejayaan menyiapkan projek lebih awal daripada jadual bukan sekadar pencapaian dari aspek tempoh pelaksanaan, malah menjadi bukti bahawa perancangan yang teliti, pemantauan berterusan, kerjasama strategik dan komitmen tinggi semua pihak mampu menghasilkan penyampaian projek yang lebih berkesan demi kepentingan rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dizahirkan kepada semua agensi, jabatan, kontraktor, perunding, pihak berkepentingan serta seluruh pasukan pelaksana yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan dedikasi sepanjang pelaksanaan projek ini.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam merealisasikan kejayaan ini!.