πŽπ’π‡ πƒπ€π˜ 𝐂𝐄𝐑𝐆𝐀𝐒: 𝐅𝐔𝐍 π–π€π‹πŠ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽπ π“π„πŠππˆπŠπ€π‹ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐇𝐏𝐓𝐍) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π‰πŠπ‘ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Bukit Telipong, Changlun, Kedah
Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah telah menganjurkan program OSH Day Cergas sempena Fun Walk Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Peringkat JKR Negeri Kedah Tahun 2026 bertempat di Bukit Telipong, Changlun, Kedah.
Program Fun Walk ini dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia oleh JKR sebagai usaha menyemarakkan sambutan HPTN di samping memupuk budaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.
Bertemakan β€œProfesion Teknikal Pemacu Kelestarian”, HPTN 2026 turut menekankan kepentingan kemahiran, teknologi dan kelestarian dalam memperkukuh peranan profesion teknikal ke arah pembangunan negara yang mampan.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Negeri Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurus FELDA Batu Lapan, Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Lapan serta Jawatankuasa Masjid Al-Hijrah atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini terus menyemai semangat kebersamaan, mengamalkan gaya hidup sihat dan memperkukuh komitmen warga JKR terhadap keselamatan, kesihatan serta kelestarian dalam perkhidmatan.
JKR Negeri Kedah – Komited Membina, Demi Kesejahteraan Rakyat.