MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP BAGI PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG DI SEKOLAH KPM – SEKOLAH KEBANGSAAN SIPUTEH, KEDAH

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP
1 November 2026 | Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kedah
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung di Sekolah KPM – Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kedah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan turut dihadiri oleh Pengarah JKR Negeri Kedah, Jurutera Daerah Kubang Pasu serta Ketua-Ketua Bahagian JKR Negeri Kedah.
Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat memberi manfaat kepada warga sekolah serta menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program sekolah.
JKR Kedah – Komited Memberi Perkhidmatan Terbaik.