PROGRAM JELAJAH LARIAN OBOR SUKAN KERJA RAYA SE-MALAYSIA (SURYA 2026) PERINGKAT NEGERI KEDAH
ALOR SETAR | 2 NOVEMBER 2026 (ISNIN)
Semangat kesukanan dan ukhuwah warga Jabatan Kerja Raya (JKR) terus disemarakkan menerusi program Jelajah Larian Obor SURYA 2026 yang singgah di Negeri Kedah pada 2 November 2026.
Program ini dianjurkan bersempena dengan Sukan Kerja Raya Se-Malaysia (SURYA 2026) yang bakal berlangsung di Negeri Sarawak pada 3 hingga 5 Disember 2026, dengan penglibatan warga JKR dari seluruh Malaysia.
Kontinjen JKR Sarawak yang diketuai oleh En. Hendison anak Jeralson Linang, selaku Ketua Perwakilan JKR Sarawak, telah disambut oleh warga JKR Kedah di Menara Alor Setar sebelum bersama-sama diiringi ke Dataran Medan Bandar, di hadapan Masjid Zahir.
Majlis penyerahan obor telah disempurnakan oleh wakil JKR Sarawak kepada Yang Berusaha Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Kedah, sebagai simbolik kesinambungan jelajah Larian Obor SURYA 2026.
Seterusnya, Pengarah JKR Kedah telah membawa obor menerusi larian dari Dataran Medan Bandar ke Pejabat Utama JKR Kedah di Bangunan Sultan Abdul Halim (BSAH). Ketibaan beliau disambut oleh warga JKR Kedah sebelum obor diserahkan semula kepada kontinjen JKR Sarawak untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu JKR Pulau Pinang.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan warga JKR seluruh Malaysia menjelang temasya SURYA 2026.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada kontinjen JKR Sarawak serta seluruh warga JKR Kedah yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini.






