𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 : 𝟎𝟓.𝟏𝟏.𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Gedung Senjata dan Stor Peluru Markas Wilayah Laut 3, Langkawi telah berlangsung dengan jayanya pada 05 November 2026.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah; YBrs. Encik Mohd Aidi bin Mohd Hussin, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Cawangan Perancangan & Pelaksanaan), Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan Malaysia, YBrs. Laksamana Pertama Hazrine bin Mohd Taib, Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan dan Strategi, Markas Tentera Laut, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), YBrs. Kepten Khairisharizal bin Hj. Salehin, Pemangku Panglima, Markas Wilayah Laut 3 serta YBrs. Ir. Izrul bin Idris, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (CKS), JKR Malaysia.
Turut hadir ialah YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi merangkap Pegawai Penguasa, serta YBrs. Ir. Khazali bin Hamid, Pengarah Urusan, Wawasan Bertam (M) Sdn. Bhd.
JKR Langkawi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada JKR sebagai agensi pelaksana bagi projek ini.
Projek Pembinaan Gedung Senjata dan Stor Peluru Markas Wilayah Laut 3, Langkawi telah dilaksanakan oleh Wawasan Bertam (M) Sdn. Bhd. dengan nilai kontrak sebanyak RM5,686,125.00.
Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 09 April 2025 dan projek telah diperaku siap pada 21 September 2026, iaitu 1 hari lebih awal daripada tempoh kontrak, tanpa sebarang Lanjutan Masa.
Kejayaan menyiapkan projek ini merupakan hasil daripada komitmen, kerjasama erat dan usaha bersepadu semua pihak yang terlibat. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaan, komitmen serta kerjasama yang diberikan telah memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya, mengikut tempoh yang ditetapkan dan memenuhi keperluan pelanggan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Wawasan Bertam (M) Sdn. Bhd. atas kejayaan menyiapkan projek ini dengan baik dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Dalam usaha JKR memberikan produk akhir yang berkualiti kepada pelanggan, penambahbaikan berterusan dalam pengurusan projek sentiasa diberikan penekanan bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan secara berkesan, berkualiti, menepati masa serta memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
4. Penjimatan Harga Kontrak
5. Operation & Maintenance (O&M) Manual
6. Pendaftaran Aset Tak Alih & Inventori
7. Zero Major Defects
8. Zero Lost Time Injuries (LTI)
9. Coffee Table Book
10. Mencapai Kepuasan Pelanggan
Pencapaian ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memastikan projek bukan sahaja disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan, malah memenuhi aspek kualiti, keselamatan, dokumentasi, pengurusan aset dan kepuasan pelanggan
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Cawangan Kerja Keselamatan (CKS), JKR Malaysia selaku Pengurus Program, atas segala kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.
Tidak dilupakan juga penghargaan kepada:
– Semua HODT yang terlibat
– Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa
– Wakil Pegawai Penguasa Pakar Projek (WPP)
– Kontraktor serta pasukan pelaksana; dan
– Semua pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Semoga kejayaan projek ini menjadi satu lagi bukti komitmen JKR Malaysia dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang berkualiti kepada pelanggan, selaras dengan aspirasi untuk memastikan setiap projek dilaksanakan dengan cekap, berkualiti, menepati masa serta memenuhi kepuasan pelanggan.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.






