𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 (𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔)
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK serta mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC) berstatus patuh dan masih dibenarkan menyertai Sebut Harga pada masa ini
2. Taklimat tapak akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Kontraktor yang gagal berbuat demikian tidak dibenarkan menyertai tawaran sebutharga ini.
Tarikh : 04.05.2026 (ISNIN)
Masa Pendaftaran : 2.00 petang hingga 3.00 petang
Masa Taklimat : 3.15 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, JKR Daerah Baling
3. Hanya Pemilik Syarikat atau penama dalam sijil yang SAH sahaja dibenarkan untuk membuat pendaftaran dan menghadiri lawatan tapak. Sila bawa bersama kad pengenalan, salinan asal Sijil Pendaftaran CIDB, salinan asal Sijil Perolehan Kerja, Salinan asal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Pematuhan Cukai (TCC) dan Cop Syarikat. Saringan akan dibuat semasa pendaftaran dan taklimat tapak.
4. Hanya penyebutharga yang melepasi saringan wajib akan disenarai pendek dan akan menerima email yang mengandungi butiran dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat pada 05.05.2026 sehingga 06.05.2026. Sebarang urusan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
5. Hanya penyebutharga yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima kata laluan dan pautan muat turun melalui email untuk memuat turun Dokumen Sebutharga daripada pautan https://cloud.kedah.gov.my/ . Tempoh muat turun Dokumen Sebutharga adalah bermula pada 06.05.2026 sehingga 10.05.2026.
6. Tuan/puan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup Sebut Harga. KEGAGALAN berbuat demikian BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh pihak tuan/puan.
7. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk SALINAN CETAK yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/kurier dan hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba ke Pejabat ¬JKR DAERAH BALING tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, hari ISNIN, bertarikh 11.05.2026. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
_____________________________
(Ir. ASRUL EFFENDI BIN JAMLUS)
Jurutera Daerah
JKR Daerah Baling
Kedah Darul Aman
Tarikh Pamer Iklan : 27.04.2026

