No. Sebut Harga : “seperti jadual”
1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PPK) untuk Sijil Taraf Bumiputra, serta Sijil pematuhan Cukai (TCC) patuh dan masih sah tempoh sah laku dibenarkan menyertai sebut harga seperti di bawah.
2. Taklimat Tapak akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut dibawah dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN.
Kontraktor yang tidak hadir ke taklimat tidak dibenarkan menyertai tawaran sebutharga ini.
Tarikh : 17.05.2026 (Ahad)
Pendaftaran : 9.00 pagi.
Masa Taklimat : 10.00 pagi.
Tempat : Dewan Al Hisyam JKR Kubang Pasu
3. Hanya Pemilik lesen atau penama sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak. Wakil Syarikat tidak dibenarkan. Saringan akan dibuat semasa lawatan tapak. Sila bawa bersama KAD PENGENALAN , SALINAN ASAL SIJIL PENDAFTARAN CIDB, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN, SIJIL PEMATUHAN CUKAI DAN COP SYARIKAT.
4. 𝗞𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗝𝗢𝗠𝗣𝗔𝗬 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔. Harga jualan dokumen seperti berikut :
a) 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐆𝟐 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟏𝟎.𝟎𝟎 / 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚
b) 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐆𝟑 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟓𝟎.𝟎𝟎 / 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚
c) 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐆𝟒 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎.𝟎𝟎 / 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚
5. Dokumen sebut harga akan diedarkan pada 19 Mei 2026 (selasa) kepada penyebut harga selepas pejabat ini mendapat email syarikat dengan memenuhi syarat ditetapkan. Pautan muat turun dokumen sebut harga akan di email kepada pihak penyebut harga berdasarkan email syarikat yang diberi semasa pendaftaran taklimat sebut harga.
6. Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup sebutharga. KEGAGALAN berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan-tuan.
7. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Kubang Pasu tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, hari SELASA bertarikh 26.05.2026.





