KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA JKR DAERAH KUBANG PASU

📌Makluman kenyataan tawaran sebutharga.

SEBUTHARGA BIL : JKR/KP/J/F/2026/09

Tajuk : KERJA -KERJA MEMPERELOK KAWASAN BERBAHAYA DI LALUAN PERSEKUTUAN FT 007, SEKSYEN 25.9 JALAN ALOR SETAR – KANGAR, DAERAH KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK dalam Gred G2, kategori CE pengkhukusan 01 dan 21. Kebenaran Khas Tidak Dibenarkan

2. Taklimat Tapak akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut dibawah dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN.

Kontraktor yang tidak hadir ke taklimat tidak dibenarkan menyertai tawaran sebutharga ini.
Tarikh : 15.06.2026 (Isnin)
Pendaftaran : 10.00 pagi.
Masa Taklimat : 10.30 pagi.
Tempat : Dewan Al Hisyam JKR Kubang Pasu

3. Hanya Pemilik lesen atau penama sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak. Saringan akan dibuat semasa lawatan tapak. Sila bawa bersama KAD PENGENALAN , SALINAN ASAL SIJIL PENDAFTARAN CIDB, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN, SIJIL PEMATUHAN CUKAI DAN COP SYARIKAT.

4. Hanya penyebutharga yang melepasi saringan wajib akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya. Penyebutharga yang telah disenarai pendek akan menerima email yang mengandungi nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam masa tiga (3) hari daripada tarikh email makluman pembayaran.

5. Hanya penyebutharga yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna beserta kata laluan atau pautan muat turun melalui email untuk memuat turun Dokumen Sebutharga daripada https://cloud.kedah.gov.my Tempoh muat turun Dokumen Sebutharga adalah bermula pada 22.06.2026 (ISNIN) sehingga 29.06.2026 (ISNINI).

6. Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup sebutharga. KEGAGALAN berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan-tuan.

7. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Kubang Pasu tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, hari ISNIN bertarikh 29.06.2026.